MGTC menandatangani MoU dengan ABB, Atlas Copco, Daikin, dan Business Sweden untuk meningkatkan kemajuan kecekapan tenaga
Kuala Lumpur , Malaysia | 4hb Oktober 2023
- Pihak berkepentingan sepemikiran memulakan Kolaborasi Kecekapan Tenaga Nasional (NEEC)
- Pencapaian penting untuk merealisasikan inisiatif kecekapan tenaga utama dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional
- Perkongsian Swasta-Awam untuk meningkatkan dan mempercepatkan penggunaan teknologi dan penyelesaian yang inovatif
ABB Malaysia Sdn Bhd, Atlas Copco (Malaysia) Sdn Bhd, Daikin Malaysia Sales & Service Sdn Bhd, dan Business Sweden telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini dengan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) untuk merasmikan kolaborasi dan kerjasama untuk mendorong kemajuan kecekapan tenaga.
Perjanjian itu adalah tepat pada masanya memandangkan komitmen dan sasaran Kerajaan dibaharui untuk mencapai purata penjimatan tenaga sebanyak 21% menjelang 2040 di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR). Dengan kecekapan kos dan pengoptimuman sumber, kecekapan tenaga telah diiktiraf sebagai tuil terpenting dalam NETR. Menegaskan nilai tindakan segera dalam bidang ini, sebanyak RM6 bilion pelaburan dijangka dari sekarang hingga 2040, di mana pemasangan peranti pintar dan pengubahsuaian bangunan kerajaan menjadi keutamaan
MoU tersebut ditandatangani oleh R Narayanan, Pengarah, ABB Malaysia Sdn Bhd dan Naib Presiden, ABB Motion, Asia; Khalid Shaikh, Pengurus Besar, Atlas Copco (Malaysia) Sdn Bhd; Chan Hon Leong, Pengurus Besar, Daikin Malaysia Sales and Services Sdn Bhd; Emma Broms, Pesuruhjaya Perdagangan, Business Sweden; Ts Shamsul Bahar Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif, MGTC, di Persidangan Kebangsaan Kecekapan Tenaga Pertama yang diadakan sempena Persidangan & Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau & Produk Eko Malaysia (IGEM). Turut hadir menyaksikan majlis penandatangan perjanjian tersebut ialah YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
“Memastikan kecekapan tenaga yang tinggi adalah keutamaan bagi Malaysia pada masa ini. Walaupun kita telah mencapai kemajuan yang ketara, masih wujudnya keperluan yang mendesak untuk memperkukuhkan kemampuan serta keselamatan tenaga, tanpa menjejaskan matlamat iklim kita,” kata YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad pada majlis itu. “Tenaga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan mampan Malaysia. Kita bergantung pada tenaga untuk memacu segala-galanya, daripada sektor pengangkutan ke komunikasi, bandar-bandar, dan pelbagai industri. Lanskap yang terus berkembang dan berubah memerlukan kita menilai semula cara kita menggunakan tenaga dan mustahaknya kita bertindak dan menangani kecekapan tenaga,” tambahnya.
Demi mencapai hasrat negara untuk menjadi neutral karbon, MGTC dengan aktifnya telah mempromosikan Piawaian Pengurusan Tenaga, MyHijau Mark, Insentif-insentif Hijau, dan Sistem Pengendalian Karbon Rendah supaya menggerakkan kecekapan tenaga ke hadapan.
“Penyertaan ABB, Atlas Copco, Daikin, dan Business Sweden sebagan rakan pengasas dalam NEEC merupakan asas dalam usaha kami mencapai kemajuan kecekapan tenaga transformasi. Kami harap lebih ramai pihak berkepentingan sepemikiran akan melangkah ke depan bagi menghulurkan kepakaran mereka, menginovasi dan berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik, melabur terhadap dan mewujudkan lebih kesedaran tentang kecekapan tenaga. Peralihan tenaga bukanlah sesuatu proses yang mudah. Kita semua perlu bekerjasama sebagai rakan kongsi, bagi merealisasikan hasrat tinggi NETR – kompas kritikal kami ke arah sifar bersih,” kata Ts. Shamsul Bahar Mohd. Nor, Ketua Pegawai Eksekutif, MGTC.
MoU tersebut meliputi bidang-bidang berikut:
- Advokasi untuk penambahbaikan piawaian kecekapan tenaga minimum untuk peralatan dan sistem industri;
- Perkongsian amalan terbaik dan teknologi-teknologi inovatif untuk mempercepatkan pengubahsuaian bangunan-bangunan awam dan kerajaan;
- Melibatkan pihak-pihak berkepentingan utama termasuk pembekal-pembekal tenaga, pegawal-pengawal selia, para pengguna dan pempengaruh dalam dialog-dialog perkongsian pengetahuan dalam hal kecekapan tenaga; dan
- Menjalin Kerjasama rakan kongsi pengetahuan demi megembangkan kolaborasi dan membantu industri-industri mengenal pasti teknologi serta penyelesaian yang memberikan nilai terbaik.
“NEEC adalah selaras dengan Gerakan Kecekapan Tenaga Global yang diasaskan oleh ABB untuk merangsangkan tindakan ke arah dunia yang cekap tenaga, boleh jana semula, dan mudah suai. Dengan hampir 400 rakan kongsi, pergerakkan tersebut terus memperoleh momentum merentasi industri untuk memberi inspirasi kepada anjakan dalam kecekapan tenaga yang lebih berani. Semangat inilah yang membawa kita ke sini hari ini. Di Malaysia, terdapatnya potensi yang besar sekali yang belum diterokai untuk meningkatkan kecekapan di setiap sektor ekonomi. Melalui kerjasama kami dengan rakan-rakan industri, kami berharap untuk terus maju membentuk masa depan yang mampan dan cekap sumber untuk Malaysia,” kata R. Narayanan.
“Menurut pakar tenaga, antara 35% hingga 50% daripada penggunaan tenaga global datang daripada aktiviti-aktiviti perindustrian. Di negara-negara perindustrian yang membangun, sumbangan industri boleh meningkat sehingga 50%. Oleh itu, penjimatan tenaga dan perolehan kecekapan menjadi sesuatu dorongan yang kuat, bukan pilihan. Di Atlas Copco, kami percaya salah satu cara terbaik untuk menjimatkat tenaga adalah melalui pemulihan dan kitar semula tenaga. Atlas Copco, bersama dengan rakan-rakan perindustrian yang hadir di Malaysia boleh menyokong industri-industri tempatan bukan sekadar memenuhi tetapi juga melebihi matlamat-matlamat yang ditetapkan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR),” kata Khalid Shaikh.
“Segala benda yang kami gunakan melalui satu kitaran hayat, dan setiap peringkat di kitaran hayat membawa kesannya kepada alam sekitar. Di Daikin, inovasi terkemuka kami dengan konsistennya telah menguji batasan teknologi HVAC, tumpuan kami adalah lebih daripada jualan. Kami mengutamakan penyahkarbonan bagi memastikan kecekapan produk-produk kami sepanjang kitaran hayatnya. Dengan menjadi sebahagian daripada NEEC hari ini, kami berharap untuk membawa perhatian kepada aspek ini demi menggerakkan peralihan tenaga Malaysia, kata Chan Hon Leong.
“Business Sweden sangat teruja untuk meneruskan kolaborasi di antara Malaysia dan Sweden bagi meningkatkan peralihan hijau. Komitment bersama kami untuk masa depan yang lebih mampan telah membuka pintu peluang untuk inovasi, pertukaran pengetahuan, dan perkongsian dimana MoU inilah menjadi buktinya. Sweden merupakan peneraju kemampanan yang terkenal; kecekapan tenaga menjadi salah satu keutamaannya dan juga alat yang utama untuk mencapai sasaran kami. Perniagaan-perniagaan Sweden di Malaysia tidak terkecuali, mereka sedang mempercepatkan pembangunan ini dengan rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan Malaysia,” kata Emma Broms.
Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) ialah sebuah agensi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang diberi mandat untuk memacu negara dalam skop Pertumbuhan Hijau, Pengurangan Perubahan Iklim, dan Gaya Hidup Hijau. Tiga dasar negara, khususnya, Dasar Teknologi Hijau Negara (NGTP), Dasar Perubahan Iklim Negara (NCCP), dan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP), mengawal selia peranan MGTC sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi hijau. Inisiatif-inisiatif dan program-program MGTC memberi tumpuan kepada mencapai impak jangka panjang dengan kadar pengurangan 45% dalam pelepasan gas rumah hijau negara menjelang 2030, meningkatkan KDNK daripada teknologi hijau sebanyak RM100 bilion, serta menjana 230,000 peluang pekerjaan hijau.
ABB ialah peneraju teknologi dalam elektrifikasi dan automasi, membolehkan masa depan yang mampan dan cekap sumber. Penyelesaian syarikat adalah menghubungkan pengetahuan kejuruteraan dan perisian untuk mengoptimumkan cara sesuatu dihasilkan, digerakkan, dikuasakan, dan dikendalikan. Dibina atas asas kecemerlangan selama 130 tahun, sebanyak ~105,000 pekerja-pekerja ABB adalah komited untuk memacu inovasi yang mempercepatkan transformasi industri. www.abb.com
Daikin, Pakar Udara, ialah peneraju global dalam penyelesaian pemanasan, pengudaraan, dan penyaman udara (HVAC) dan merupakan rakan kongsi yang dipercayai dalam mewujudkan persekitaran kehidupan dan kerja yang selesa dan mampan. Dengan warisan inovasi yang kaya serta komitmen terhadap tanggungjawab alam sekitar, Daikin berada di barisan hadapan merevolusikan cara kita mengalami keselesaan dalaman sambil meminimumkan impak terhadap planet. Kami adalah perintis keselesaan dan kemampanan, komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi memastikan setiap langkah yang diambil kami membawa kita ke arah masa depan yang lebih hijau dan cekap tenanga. Untuk maklumat lanjut, layari: www.daikin.com.my
Business Sweden dimiliki bersama negara Sweden dan sektor perniagaan Sweden dengan mandat dan misi untuk membantu syarikat-syarikat Sweden mengembangkan jualan global dan syarikat-syarikat antarabangsa untuk melabur dan berkembang di Sweden. Business Sweden mewujudkan kesedaran perihal kelestarian dan impaknya terhadap perniagaan. Business Sweden telah hadir di Malaysia sejak tahun 2005 dan menawarkan sokongan tempatan dan menasihati syarikat-syarikat Sweden tentang cara mengembangkan perniagaan mereka secara strategik di kawasan itu.